Betul ke AIA Public Takaful boleh cover Covid-19??
- azril272zaki
- May 30, 2021
- 2 min read
Sejak Covid-19 telah melanda di negara kita. Ramai orang telah menyedari bahawa kesihatan amatlah penting. Malah, kesedaran itu tidak cukup untuk kita kerana kos rawatan hospital telah meningkat di saban hari kini. Hal ini kerana, kadar inflasi di negara kita kini semakin meningkat. Mungkin dahulu hospital kerajaan mampu memberi rawatan secara percuma kepada kita tetapi kini tidak lagi atas sebab kos perubataan telah meningkat. Pada 20th Mei 2021 yang lalu, Dato' Dr Noor Hisham telah menyatakan bahawa ruang wad di hospital kerajaan telah penuh dengan pesakit Covid-19 dan beliau meminta hospital swasta bersiap sedia untuk membantu. Keadaan ini telah menjadi satu persoalan yang besar kepada kita. Bagaimana pulak dengan pesakit luar yang biasa atau kritikal akan ditempatkan? Penyakit-penyakit selain daripada Covid-19 masih lagi ada dan kita tidak boleh mengawalnya selain mendapatkan rawatan dihospital. Jika kita ingin ke hospital swasta, adakah duit simpanan kita cukup untuk melunaskan kos rawatan yang disediakan?apa akan jadi kepada keluarga kita jika pembelanjaan harian terpaksa di asingkan ke kos rawatan hopital swasta?
Jadi saya ada solusi untuk membendung masalah ini. Jika pendapatan kita RM2,000.00. saya menyarankan 6%-10% daripada pendapatan kalian diagihkan kepada takaful atau hibah. Jadikan ini satu tanggungjawab untuk kita bagi menjaga ekonomi keluarga kita. Jangan penah rasa ragu-ragu kerana penyakit tidak penah menunggu kita untuk hadir.
Konklusinya, kita seharusnya struktur semula kewangan bulanan kita. Biarlah akar yang besar untuk mendirikan pokok yang besar. Wahhh!! saya dah boleh peribahasa sendiri. Jom kawan-kawan tidak rugi pun kita membelajar ilmu takaful demi masa depan keluarga.
Alright guyz, in sha allah Azril akan kongsikan lagi bagaimana kita ingin menjaga ekonomi keluarga kita semasa Total Lockdown. Jangan lupa kongsikan kepada kawan-kawan yang lain ye. Haaa yang baca tu tak kan baca jer.... Tolonglah share dan komen ye... Hehehe:)
Lupa pulak nak jawap soalan atas sekali tu.. Jawapannya: YA... Apa yang cover? Nanti saya kongsikan blog seterusnya...
Sekian dari saya...
Assalammuaalaikum.



Comments