COVID-19: Dr Noor Hisham minta hospital swasta bersedia alami lonjakan kes
- azril272zaki
- May 26, 2021
- 2 min read

Berita ini amat mengejutkan AZ kerana Dato Dr Noor Hisham meminta pihak hospital swasta bersiap sedia untuk menerima pesakit yang banyak. Hal ini kerana, fasiliti hospital kerajaan tidak mencukupi untuk menampung pesakit Covid-19 atas sebab bilangan pesakit Covid-19 meningkat secara mendadak.
Dalam keadaan serbagini, kita tidak boleh menuding jari kepada sesiapa yang bersalah kerana wabak Covid-19 ini tidak penah memilih darjat atau warna kulit untuk dijangkiti. Jadi kita seharusnya menjaga diri sendiri.
Balik kepada isu menghantar pesakit ke hospital swasta, ia akan menjadi banyak tanda tanya bagi masyarakat Malaysia. Bagi yang berpendapatan yang tinggi mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka tetapi AZ berasa simpati bagi masyarakat Malaysia yang masih mencari peluang perkerjaan dan kewangan mereka yang hanya cukup-cukup sahaja untuk menyara diri dan keluarga mereka.Memang tidak dinafikan lagi, pandemik Covid-19 ini telah mengubah gaya hidup manusia dan ekonomi keluarga.
Jadi AZ solusi untuk memudahkan pengurusan dan menjaga ekonomi keluarga dengan cara memiliki Takaful sendiri. AZ akur bahawa padangan masyarakat tentang Takaful ini bukanlah untuk memudahkan malah padangan mereka tentang Takaful ini merupakan satu beban. Hal ini kerana, mereka terpaksa membayar bulanan.
Mari AZ kongsikan bagaimana konsep 10% sumbang menjadi 100% solusi. Saya yakin bahawa semasa kita kecil dahulu, ibubapa kita telah mendidik kita untuk menabung. Jadi perbeza menabung di tabung sendiri dengan menabung di AIA Public Takaful ialah wang simpanan kita di tabung sendiri ini mudah dicair (dibawak keluar) tetapi di AIA Public Takaful akan dicairkan apabila kita dalam kesusahan dan menggangu simpanan kita. Jadi ahli keluarga tidak akan gusar apabila ditempatkan hospital swasta.
Jadi marilah struktur semula kewangan kita demi masa depan keluarga kita.
Mari kongsikan komen dibawah. Supaya kita sama-sama belajar bagaimana ingin mengurus kewangan kita walaupun pandemik Covid-19 makin agresif.



Comments